Kerjaya Asma Ismail

Universiti Sains Malaysia

Asma memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Jabatan Mikrobiologi Perubatan dan Parasitologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia pada 1986. Pada 1989, beliau telah dilantik sebagai saintis tamu di Universiti Tokyo dan felow pelawat di Kolej Perubatan, Hospital St Bartholomew di London pada 1992.

Pada tahun 1993, beliau dinaikkan pangkat sebagai profesor madya dan berkhidmat sebagai Timbalan Dekan Pentadbiran pada 1994. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai profesor penuh pada 2000 dan dilantik sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan.

Semasa berkhidmat di USM, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Pusat Inovasi dan Pembangunan Teknologi, USM (2001); Pengarah Pengasas, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORM) (2003) dan menjadi wanita pertama di USM memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Kementerian Pengajian Tinggi

Asma dilantik sebagai Ketua Pengarah Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau kini merupakan Presiden wanita pertama Akademi Sains Malaysia, berkhidmat dari 2016 hingga 2019. Pelantikan terbaru beliau adalah sebagai Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021. [1]

Berkaitan